
TOKYO - Para penyelidik syarikat elektronik gergasi Toshiba berjaya mencipta sebuah robot kecil yang boleh bercakap serta boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh universal.
Robot yang dikenali sebagai ApriPoco boleh menerima arahan dan ia akan mengaktifkan peralatan elektrik dengan menggunakan signal iframerah miliknya.
ApriPoco yang setinggi 21 sentimeter itu masih dalam peringkat pembangunan dan ia direka untuk mengingat arahan pengguna serta fungsi alat kawalan jauh.
Ia juga boleh memberi arahan kepada sistem navigasi kereta atau lain-lain peralatan.
"ApriPoco sangat berguna kepada warga emas yang tidak mahir dengan fungsi peralatan elektrik yang canggih," kata Toshiba semalam.
"ApriPoco sangat berguna kepada warga emas yang tidak mahir dengan fungsi peralatan elektrik yang canggih," kata Toshiba semalam.
Syarikat itu berharap untuk membangunkan robot itu bagi tujuan komersial tetapi ia tidak menyatakan tarikh robot itu akan dipasarkan untuk jualan.
- AFP