
DENGAN cermin biasa, anda hanya boleh melihat rupa di hadapan sahaja ketika anda menyisir atau mewarna rambut. Hal ini menyukarkan kerana anda tidak dapat melihat bagaimana rupa kepala atau rambut anda di belakang.
Dengan hasil reka cipta seorang lelaki dari Perancis, masalah tersebut mungkin akan dapat diatasi. Lelaki itu, Denis Thevenin telah mereka satu sistem unik yang membolehkan anda melihat keadaan rambut dan rupa anda dari segenap sudut.
Dilengkapi dengan set lampu dan cermin-cermin mudah alih, ia memudahkan kerja-kerja menyikat rambut, mewarna rambut, bersolek dan bercukur.
-Kosmo!