Rabu, 9 April 2008

Metana di luar sistem solar


Planet HD 189733b

BUAT pertama kalinya, ahli astronomi telah mengesan sejenis molekul organik yang memainkan peranan penting dalam pembentukan hidupan di planet yang terletak di luar sistem solar.

Molekul metana itu telah dikesan oleh Teleskop Angkasa Hubble pada atmosfera planet HD 189733b yang bersaiz seperti Musytari.

Dalam keadaan sebenar, metana boleh memainkan peranan utama dalam kimia pembentukan hidupan atau prabiotik.

"Ini merupakan langkah utama kepada penghasilan molekul prabiotik pada planet yang boleh menerima hidupan," kata Mark Swain dari NASA yang mengetuai kumpulan yang membuat penemuan ini.

Sebuah laporan tentang penemuan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Nature baru-baru ini.

Penemuan tersebut berlaku selepas pemerhatian ekstensif yang dibuat pada Mei 2007 dengan kamera inframerah berdekatan Hubble dan aneka objek spectrometer (NICMOS).

Planet tersebut amat berhampiran dengan bintang (matahari)nya yang mana hanya mengambil masa dua hari untuk mengelilingi orbit dan HD 189733b dengan kepanasan 900 darjah celsius iaitu takat lebur perak.

Metana yang mengandungi karbon dan hidrogen merupakan salah satu daripada komponen utama gas asli, sebuah produk petroleum.

Ia dihasilkan oleh sumber semula jadi seperti serangga, lautan dan persekitaran yang basah termasuk sumber yang dihasilkan manusia seperti bahan buangan di kawasan pelupusan sampah.

-Kosmo!