Rabu, 2 April 2008

Saintis Britain berjaya cipta embrio hibrid yang pertama


LONDON - Sekumpulan saintis Britian berjaya mencipta embrio hibrid yang dihasilkan menerusi gabungan genetik manusia dan haiwan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pakar-pakar dari Universiti Newcastle yang berjaya menghasilkannya menggantikan nukleus telur seekor lembu dengan DNA manusia untuk menghasilkan satu rangkaian sel.
Ia akan disimpan selama enam hari sebelum mereka cuba mencipta sel stem bagi digunakan dalam kajian beberapa penyakit khusus.

Kejayaan itu diumumkan ketika ahli-ahli Parlimen Britian cuba berdebat mengenai masa depan penyelidikan sedemikian, pada bulan depan.

- Agensi