Rabu, 5 September 2007

Fossett, jutawan pengembara terkenal hilang


MINDEN, Nevada 5 Okt. – Jutawan pengembara, Steve Fossett yang beberapa kali terselamat dari maut dalam usahanya mencipta rekod penerbangan, didapati hilang selepas berlepas menggunakan pesawat satu enjin, sehari sebelum mahu meninjau lokasi untuk mengadakan percubaan rekod kelajuan daratan.

Pasukan mencari telah berusaha mengesan jutawan itu di kawasan permukaan bumi yang kasar di barat Nevada semalam berhampiran ladang ternak tempat beliau berlepas.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pasukan mencari menghadapi masalah kerana dia tidak memfailkan laluan penerbangannya.

“Mereka berpandu beberapa petunjuk tetapi mereka tidak tahu beliau berada di mana,” kata jurucakap FAA, Ian Gregor.

Fossett merupakan manusia pertama mengelilingi dunia menggunakan belon bercadang mencipta rekod kelajuan atas darat menggunakan kereta,” kata bilionair British, Sir Richard Branson yang membantu pembiayaan syarikat pengembaraan Fossett.

Menurut pihak berkuasa, Fossett, 63, berlepas sendirian pada pukul 8.45 pagi hari Isnin dari lapangan terbang kecil, Flying M Ranch milik jutawan hotel, Barron Hilton, 113 kilometer di tenggara Reno.

Seorang kawannya melaporkan kehilangan jutawan itu apabila dia gagal pulang.

Sebanyak 14 pesawat termasuk C-130 dan helikopter yang dilengkapi dengan pengesan infra merah milik Pengawal Kebangsaan Nevada terbabit dalam kerja mencari, selain disokong oleh anggota mencari di darat, kata Mejar Cynthia S. Ryan dari Peronda Udara Sivil.

– AP