Khamis, 27 September 2007

Mengamuk depan doktor wanita: Denda RM100

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan terpaksa meringkuk sehari dalam penjara setelah gagal membayar denda RM100 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah mengganggu ketenteraman orang awam dengan mengamuk di hadapan seorang doktor perempuan di Hospital Kuala Lumpur bulan lepas.

Selamat Rosli, 43, dari Kampung Bukit Pungai Tiang Dua, Melaka, mengaku melakukan kesalahan itu di Klinik Ulangan, Jabatan Kecemasan, pada 10 pagi 14 Ogos.

Dia mengaku menggunakan perkataan yang kesat dan mengamuk sehingga menimbulkan ketakutan terhadap pesakit lain yang menunggu di klinik itu.

Bernama