
MODENA: Selebriti kelahiran Itali yang juga penyanyi soprano terkenal dunia, Luciano Pavarotti, mati pada usia 71 tahun semalam selepas bergelut dengan penyakit barah pankreas.
“Beliau meninggal dunia jam 5 pagi ini waktu tempatan (semalam) di kediamannya di Modena,” kata pengurusnya, Terri Robson, dalam satu kenyataan.
“Pavarotti sudah lama bergelut barah pankreas yang serius dan terbukti menjadi punca kematiannya.”
Biarpun tahap kesihatannya semakin teruk sejak setahun lalu, kematian penyanyi bersuara besar, berjambang dan dikenali sebagai ‘Big Luciano’ disambut rasa sedih kalangan pemimpin, bintang, pengkritiknya serta peminat yang tidak mampu pun membeli tiket persembahannya.
“Beliau adalah antara artis yang tidak seperti lainnya, dapat menambat hati ramai penduduk di seluruh pelusuk dunia, biar apa pun latar belakang mereka,” kata Royal Opera House di Covent Garden, dalam satu kenyataan.
“Menerusi penyiaran persembahannya, rakaman dan pertunjukannya, Pavarotti berjaya menyampaikan kuasa luar biasa opera kepada orang ramai yang sebelum itu asing dengan nyanyian atau muzik klasik dan opera. Kebolehannya itu memperkayakan kehidupan ramai dan itulah legenda Pavarotti.” – Reuters