Khamis, 6 September 2007

Penjara lama diubah jadi hotel mewah


BOSTON: Sebuah penjara lama di Boston kini sudah berubah wajah menjadi hotel mewah yang mengenakan bayaran antara AS$300 – AS$400 (RM1,020 – RM1,360) semalam.

Hotel Liberty Boston itu turut dirasmikan dengan penuh simbolik kelmarin apabila pemiliknya bertindak membuka kunci lambang penjara lama itu.

Penduduk sekitar bandar itu turut dipelawa mendekati sel kurungan yang ditukar menjadi bilik mewah hotel itu lapor stesen televisyen 7 News Boston, semalam.

Penjara Charles Street dibina pada 1851, tetapi ditutup pada 1970-an. – Agensi