Ahad, 20 Januari 2008

Ahli politik rancang filem anti-Islam


Geert Wilders

THE HAGUE: Rancangan biadap ahli Parlimen berhaluan kanan, Geert Wilders, untuk menghasilkan filem yang memaparkan al-Quran sebagai 'inspirasi bagi pembunuhan' menimbulkan ketegangan di Belanda yang bimbang ia mencetuskan reaksi ganas.

Perdana Menteri negara itu, Jan Peter Balkenende, berkata pelan Wilders dan tumpuan antarabangsa berhubung perkara itu menyebabkan kerajaan kini sakit kepala.

“Kami sudah melihat krisis lain tetapi ini sesuatu yang sangat besar,” katanya kepada televisyen Belanda.

Wilders, pemimpin Parti Kebebasan berhaluan kanan, November lalu mengumumkan rancangan menyiarkan filem sepanjang 10 minit bulan ini yang memaparkan pandangan jahatnya bahawa al-Quran adalah inspirasi bagi tindakan tiada tolak ansur, pembunuhan dan keganasan.’

Tiada siapa yang benar-benar pasti jika projek filem itu boleh menemui penonton tetapi kerajaan Belanda bersiap sedia berdepan keadaan buruk.

Sebahagian pemerhati bimbang Wilders akan membakar atau mengoyak al-Quran di dalam filem itu, yang pasti mencetuskan bantahan umat Islam di negara itu.

- AFP