
Charlize Theron
LOS ANGELES: Reputasi aktres popular Hollywood, Charlize Theron yang dianggap seorang cerdik, tercalar apabila mempamerkan kelemahan pengetahuan geografi dengan merujuk Budapest sebagai ibu negara Turki
Dalam wawancara terbarunya, pemenang anugerah Oscar sebagai Aktres Terbaik itu berkongsi pengalaman menariknya melakukan pengembaraan bersama kekasihnya, Stuart Townsend ke sekitar Turki sehingga mendedahkan kekeliruan berhubung ibu negara sebenar Turki yang sepatutnya Istanbul.
“Kami mengembara ke Turki. Apabila tiba di sana, kami menyewa kereta dan terus ke Budapest (Istanbul). Setibanya di sana, keadaan tidak ubah seperti menghadiri Pesta Filem Cannes. Saya tidak pernah melihat keadaan seperti itu,” kata pelakon 32 tahun yang sebenarnya merujuk Festival Filem Antarabangsa Istanbul.
Dalam temu bual itu, Charlize dikatakan merujuk Budapest sebagai ibu negara Turki tiga kali.
Beliau turut menceritakan pengalaman menarik membeli permaidani Turki, melawat bazar Turki serta terharu dengan sambutan yang diterima dari ‘Budapest.’
Wawancara itu sebahagian promosi filem terbarunya, In The Valley Of Elah yang mana beliau membawa watak seorang detektif mencari askar Amerika Syarikat hilang sekembalinya dari Iraq.
- Agensi