
Jacqui Smith
LONDON: Setiausha Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith mengaku takut untuk keluar lewat malam di London.
Dalam temu ramah dengan akhbar The Sunday Times, beliau berkata, dia berasa tidak selamat berjalan di kawasan moden seperti Kensington dan Chelsea serta kawasan mundur seperti Hackney.
Ditanya sama ada beliau akan rasa selamat berjalan seorang diri pada tengah malam di Hackney, Smith berkata: “Tidak, saya fikir saya tidak akan melakukannya dalam apa juga keadaan sekalipun.”
Ditanya mengapa, beliau menjawab: “Saya tidak fikir ramai orang akan berbuat demikian.”
Selepas tersiar temu bual berkenaan, pembantu menteri itu terpaksa menelefon The Sunday Times untuk menjelaskan menteri itu tidak bermaksud untuk berkata demikian.
Pembantu itu malah menjelaskan bahawa Smith ‘turut membeli kebab di Peckham’ iaitu sebuah kawasan mundur, baru-baru ini.
“Setiausaha Dalam Negeri sepatutnya mencetuskan ketakutan di jiwa penjenayah dan bukannya menunjukkan dia berasa takut.
“Beliau tidak seharusnya mengaku keadaan di jalanan kita tidak selamat tetapi dia seharusnya melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah itu,” ulas akhbar mingguan itu
- AFP