Isnin, 21 Januari 2008

Aktor terkenal hidup penuh sederhana


LONDON – Aktor terkenal, James McAvoy memilih untuk hidup dalam penuh kesederhanaan walaupun memperoleh pendapatan berjumlah berjuta-juta dolar, lapor sebuah akhbar semalam.

McAvoy memperoleh pendapatan lumayan itu menerusi kemunculannya dalam beberapa filem seperti The Last King Of Scotland, The Chronicles Of Narnia dan sebuah filem terbaru bersama aktres popular, Angelina Jolie berjudul, Wanted.

MacAvoy, 28, dan isterinya, Anne-Marie Duff hanya tinggal di sebuah rumah pangsa di satu kawasan terpencil di Utara London.

Duff yang turut berlakon dalam drama televisyen membeli rumah itu dengan harga £178,000 (RM1.1 juta) sebelum mereka berkahwin pada 2006.

Pasangan itu juga tidak membeli kereta mewah dan mereka hanya mempunyai sebuah kereta Nissan Micra berusia 10 tahun yang berharga kurang £1,000 (RM6,393).

– Agensi