Khamis, 17 Januari 2008

Empat ditangkap kejar Spears


LOS ANGELES – Empat jurugambar ditangkap di Los Angeles selepas mengejar kereta penyanyi terkenal, Britney Spears, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Spears kepada pihak polis, salah seorang kereta jurugambar itu cuba menghimpit dan mahu keretanya terbabas dari jalan raya pada malam kelmarin.

Menurut beberapa sumber, sebanyak lapan buah kereta itu ditahan oleh polis kerana dipandu dengan kelajuan tinggi.

Sementara itu, gosip perkahwinannya semakin hangat selepas Spears dilihat memakai sebentuk cincin berlian yang besar di tangan kirinya.

Ketika itu Spears baru sahaja meninggalkan sebuah restoran di Los Angeles bersama teman lelakinya, Adnan Ghalib malam Selasa lalu.

Pengurus Spears, Sam Lutfi enggan mengulas mengenai rancangan perkahwinan tersebut, tetapi menegaskan laporan akhbar yang mendakwa penyanyi itu mengandung adalah tidak benar.


-Agensi