Rabu, 16 Januari 2008

I-spin menari


PRODUK permainan muzik tipikal kadangkala membosankan kerana tidak mempunyai kelainan. Justeru, syarikat permainan Jepun, Segatoys baru-baru ini menghasilkan sejenis gajet elektronik yang dinamakan I-spin.

Produk tersebut telah diperkenalkan pada sebuah majlis di syarikat tersebut di Tokyo, Jepun.

Robot yang boleh menari itu akan memberikan reaksi kepada bunyi dengan berjalan, berputar atau melipat-lipatkan telinganya. Ia boleh disambungkan kepada pemain muzik atau apa sahaja peranti bunyi.


Kosmo!