
MUNGKINKAH pengalaman tidur pada masa depan berbeza dengan pada masa sekarang?
Sebuah pameran teknologi yang dinamakan NextGen Home of the Future di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mempamerkan bagaimana sebuah katil pintar Leggett & Platt dapat dihubungkan dengan komputer dan salah satu cirinya ialah Starry Night Sleep Technology.
Teknologi tersebut merupakan kombinasi teknologi dengan tempat tidur yang menggunakan peralatan diagnostik untuk menyesuaikan suhu, memantau pergerakan badan dan mengurangkan dengkur.
Katil pintar tersebut dijual pada harga tertentu mengikut saiz dan fungsinya, menurut wakil Leggett & Platt.
Kosmo!