
NEW YORK – Aktres Hollywood, Gwyneth Paltrow (gambar) dimasukkan ke sebuah hospital di New York untuk mendapatkan rawatan kesihatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Bintang filem yang berumur 35 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi roda yang ditolak oleh suaminya, Chris Martin, pada Isnin lalu ketika berada di Hospital Mount Sinai.
Dia mendaftar masuk menggunakan nama Gwyneth Martin. Seorang pengunjung di hospital itu berkata: “Dia kelihatan tidak sihat.”
Walaupun tidak diketahui punca Paltrow sakit, satu sumber memberitahu bahawa dia telah bermalam di hospital itu.
Terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa Paltrow begitu terikat dengan jadualnya yang padat diikuti tanggungjawab sebagai seorang ibu, menyebabkan dia berdepan dengan masalah kesihatan.
Paltrow baru sahaja menamatkan penggambaran filem aksi terbarunya, Iron Man di mana dia kehilangan sebahagian berat badan.
Bagaimanapun, dia kemudian dibenarkan keluar dari hospital itu dan jurucakapnya, Stephen Huvane menyatakan aktres tersebut berada dalam keadaan baik.
Sebelum ini, Huvane memberitahu para pemberita bahawa kemasukannya ke hospital itu adalah satu masalah peribadi aktres berkenaan.
Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa hubungan Paltrow dengan suaminya dilaporkan mengalami perselisihan faham.
- Agensi