Rabu, 16 Januari 2008

Nota bunuh diri Spears


Los Angeles - Penyanyi bermasalah, Britney Spears menulis satu nota bunuh diri dengan menyatakan adalah lebih baik jika dia meninggal dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Nota itu menunjukkan penyanyi yang berumur 26 tahun itu berada dalam kesunyian dan kecewa dalam kehidupan berikutan harapan tinggi keluarganya dan peminatnya.

Nota bunuh diri itu ditemui di bilik mandinya sebelum Spears dikejarkan ke sebuah hospital kerana enggan menyerahkan anaknya kepada pengawal peribadi bekas suaminya, Kevin Federline.

Ia ditemui oleh seorang rakan di mana satu sumber menyatakan: "Nota itu menceritakan kisah sedih.

"Spears bercakap mengenai kesunyian, kehidupan tidak adil dan dia tidak mempercayai orang ramai.

"Adalah lebih baik jika saya meninggal dunia," kata sumber itu yang mendedahkan isi kandungan nota Spears.

Beberapa doktor dan rakan percaya bahawa dia memerlukan bantuan dengan segera kerana Spears menderita penyakit mental.

Menurut beberapa sumber yang rapat dengan keluarganya, penyanyi itu menghadapi masalah mental sejak beberapa tahun lalu.

Tahap kesihatannya seperti masalah kecelaruan kelakuan dilihat semakin menghantui dirinya.

"Dia memerlukan rawatan perubatan dan psikologi," kata seorang doktor, Phil McGraw.

"Saya amat bimbang mengenai kesihatan dirinya," tambahnya.

Pada Ahad lalu, Spears berkelakuan pelik dengan keluar dari bilik persalinan pakaian di sebuah kedai dalam keadaan berbogel.

Tindakan itu mengejutkan para pembantu jualan di mana Spears mengunjungi kedai tersebut bersama kekasihnya, Adnan Ghalib yang merupakan seorang paparazzi.


-Agensi