KITA terkejut dengan pendedahan bahawa seorang individu pernah membuat lebih 3,500 kali panggilan palsu atau panggilan main-main ke talian kecemasan 994 sepanjang tahun lalu. Panggilan itu dikesan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang turut mendapati 22 individu lain membuat lebih 10 kali panggilan. Nama 23 individu terbabit sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut. Kita berharap orang yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan setimpal kerana perbuatan itu boleh menjejas dan melambatkan operasi menyelamat mangsa dan harta benda awam. Memang sejak dari dulu lagi, bermula dengan talian kecemasan 999, perbuatan membuat panggilan palsu ini sudah berleluasa dan kebanyakannya dilakukan oleh kanak-kanak. Ibu bapa perlu mengawasi mereka. Bayangkan anggota bomba terpaksa bergegas ke lokasi yang dikatakan ada kebakaran dan sebagainya seperti pernah dilaporkan berlaku sebelum ini. Ini bukan saja memperdaya anggota bomba, malah boleh melambatkan operasi jika pada masa yang sama, memang berlaku bencana yang memerlukan kehadiran anggota penyelamat.
Golongan tidak bertanggungjawab ini bukan saja menjadikan talian 994 sebagai sasaran, malah Talian Nur 15999 untuk membantu golongan wanita, miskin, kanak-kanak dan orang tua yang berhadapan dengan masalah. Tindakan itu boleh memudaratkan mangsa dan menjejaskan sistem penyampaian yang disediakan kerajaan untuk kumpulan kurang bernasib baik. Talian ini diwujudkan dengan hasrat untuk membantu masyarakat dan ia menggambarkan bahawa kerajaan memang mengambil perhatian serta prihatin mengenai masalah yang dihadapi rakyat. Oleh itu, kita berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap talian ini dengan membuat panggilan palsu kerana kenakalan mereka akan merugikan serta memudaratkan mereka yang amat memerlukan bantuan. Talian yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu mula beberapa minggu lalu, tetapi sudah menerima banyak panggilan palsu. Talian itu berperanan sebagai pusat sehenti bagi menerima aduan mangsa keganasan rumah tangga, penderaan kanak-kanak, bencana alam, isu kebajikan, penjagaan, isu berkaitan keluarga masyarakat.
Lebih menyedihkan lagi ialah tindakan membuat laporan palsu kepada ibu bapa mangsa kanak-kanak yang hilang dan terbaru membabitkan keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang kehilangannya kini masih menjadi misteri. Panggilan atau SMS palsu seperti itu juga banyak diterima keluarga Muhammad Nazrin atau Yin yang hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, Mac tahun lalu. Kesedihan dan penderitaan keluarga ditambah pula oleh panggilan main-main termasuk mencerca, amat memalukan. Polis bertindak bijak apabila menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Bagan Serai, Perak, kerana membuat pelbagai tuntutan termasuk wang tunai RM5,000 daripada keluarga Sharlinie untuk memberi maklumat mengenai kanak-kanak itu. Walaupun kita tidak boleh mengambil ringan maklumat seperti itu, yang jelas berbentuk panggilan palsu, ia boleh memperdaya dan menambah tekanan kepada keluarga terbabit. Tindakan polis menahan mereka yang berbuat demikian diharap menjadi pengajaran kepada orang lain. Orang ramai, terutama kanak-kanak harus dididik dalam hal ini kerana perkara serius seperti itu termasuk panggilan ke talian 994 tidak boleh dijadikan bahan gurauan kerana kesannya amat buruk.
Berita Harian