
SEBUAH syarikat Australia, Moletech telah menemui satu kaedah untuk meningkatkan prestasi minyak atau bahan bakar kenderaan serta menjimatkannya, dengan mencipta sejenis produk yang dinamakan MTECH Fuel Saver.
Produk yang menggunakan pengesan bersalut seramik itu dimasukkan ke dalam tangki gas dan disambungkan dengan radiator serta penapis udara.
MTECH akan mengubah molekul bahan bakar daripada berkelompok kepada molekul-molekul tunggal bagi membolehkan bahan bakar untuk membakar lebih baik dengan meningkatkan efisiensi sehingga 20 peratus bagi kenderaan berkuasa gas dan 10 peratus bagi kenderaan diesel.
Didatangkan dengan kit, harganya berbeza-beza mengikut saiz tangki kenderaan.
MTECH dipertontonkan kepada umum pada pertunjukan Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat. Pameran barangan teknologi pengguna tahunan terbesar di dunia itu melibatkan 2,700 syarikat yang mempamerkan produk-produk terbaru mereka.
Kosmo!