Selasa, 28 Ogos 2007

Lelaki telefon bomba 388 kali ditahan

TOKYO: Seorang lelaki yang kesepian mengundang padah apabila ditahan kerana membuat panggilan palsu kepada balai bomba sebanyak 388 kali di antara Mei 2006 dan Julai lalu sebagai cara menghilangkan kesunyiannya.

“Saya keseorangan dan sedih. Saya sukakan perkhidmatan bomba dan polis lalu menghubungi mereka. Saya cuma mahu mereka datang dan melihat saya,” lelaki berusia 58 tahun itu dipetik sebagai berkata oleh akhbar Yomiuri.

Jurucakap polis Saitama, utara Tokyo, berkata lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki menghalang perkhidmatan kecemasan. Satu panggilan pada awal Julai menyebabkan bomba menghantar 10 kereta bomba, sebuah ambulans dan 35 anggota ke rumah lelaki itu, kata Yomiuri. – Reuters