Kajian pernah menunjukkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan anak dinilai berdasarkan sejauh mana tahap komunikasi yang positif.
Kemahiran berkomunikasi yang baik akan menjurus kepada hubungan yang erat, kerjasama dan peningkatan harga diri dalam diri seseorang kanak-kanak.
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berbahasa penting untuk ibu bapa atau penjaga. Ia sebenarnya merupakan satu proses yang ringkas dan mudah dilaksanakan. Berbual dengan bayi adalah satu proses yang amat penting.
Berikut adalah beberapa tip berguna untuk membantu anda mendidik si kecil pada dua tahun pertama kehidupannya :
Berbual sepanjang melakukan rutin harian
Mungkin anda boleh cuba bersembang dengan bayi anda sewaktu memberi makan atau ketika menukar lampin. Percakapan anda boleh merangsang perkembangan otak si kecil.
Bayi sebenarnya berkebolehan belajar menerusi nada suara, irama, bahasa dan sebutan-sebutan perkataan daripada anda. Hakikatnya, penerangan anda menjamin kemampuan mereka berkomunikasi.
Apabila berbual dengan si kecil, anda sebenarnya menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk menghasilkan struktur ayat yang betul. Secara semula jadinya, kanak-kanak memiliki perasaan ingin tahu yang sangat kuat terhadap segala benda di dunia. Jadi, ambillah peluang menerangkan kepada si kecil apabila anda bersama-sama melakukan sesuatu dalam kawasan rumah.
Tanyakan soalan
Berikan kesabaran dan tumpuan tidak berbelah bagi kepada anak anda. Jika boleh, galakkan mereka untuk memberi maklum balas sewaktu anda menanyakan soalan.
Dalam sesetengah situasi, kanak-kanak tergagap-gagap mencari perkataan yang sesuai tetapi ini adalah satu fenomena biasa. Kesabaran anda akan membolehkan mereka mendapatkan perkataan yang bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan. Menerusi cara ini, anda telah mengajar corak komunikasi yang baik apabila anda bercakap dan menunggu responsnya.
Nyanyikan lagu
Sama ada anda seorang penyanyi atau pun tidak, bayi sebenarnya tidak kisah jika nyanyian anda teruk. Apa yang penting di sini ialah nyanyian secara tidak langsung akan memberi peluang kepada si kecil untuk mengenali bunyi yang ada di sekeliling mereka. Malah, nyanyian juga membantu memberi apa yang ditafsirkan ke dalam otak.
Bacakan buku cerita
Membaca adalah satu kaedah yang menyeronokkan untuk kanak-kanak atau bayi mengenali perkataan dan maksudnya. Kaedah ini boleh dilakukan di mana sahaja, di dalam bilik tidur, di dapur mahupun ketika bersantai di tepi pantai.
Apabila anda dan si kecil meneliti sesebuah buku atau berada dalam sesi bercerita, si kecil secara tidak langsung telah diterapkan apa yang berlaku. Luangkan sedikit masa setiap hari untuk bersama si kecil. Ia boleh jadi masa yang paling istimewa baginya. Ramai ibu bapa tidak tahu betapa bahagianya si kecil apabila anda memberinya tumpuan menerusi bacaan cerita anda.
Berbincang mengenai perasaan
Bantulah si kecil mengenali dan melabelkan perasaan negatif dan positif menerusi perkataan. Misalnya : "Jojo nampak gembira apabila berjumpa dengan atuk," atau "Saya tahu Mia tidak gembira sebab tidak dapat gula-gula."
Keupayaan berkomunikasi mengenai perasaan adalah penting. Ia merupakan langkah pertama kepada kesejahteraan emosi apabila anak anda membesar di kemudian hari. Selain itu, kemampuan mengenal pasti dan berkomunikasi tentang perasaan seseorang akan membantu mereka lebih memahami keperluan orang lain.
Gunakan komunikasi bukan verbal
Komunikasi bukan verbal merupakan satu peralatan yang amat berkesan. Teknik berkomunikasi seperti ini termasuk ekspresi muka, nada suara, sentuhan dan eye contact.
Sewaktu berkomunikasi dengan si kecil, jadilah contoh bagaimana untuk meluahkan perasaan anda menerusi komunikasi bukan verbal. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana orang yang penting dalam kehidupannya menggunakan ekspresi tubuh atau mimik muka untuk meluahkan emosi mereka.
Terangkan kepadanya teknik komunikasi itu ibarat cermin yang menggambarkan bagaimana orang dewasa di sekitarnya bergerak dan berkomunikasi. Selamat mencuba!
Sumber : Kosmo! 24 Ogos 2007