Berdasarkan pada kajian yang dibuat oleh Trust for America's Health (TFAH), kadar obesiti telah meningkat di 31 negeri di Amerika Syarikat. Satu laporan telah dikeluarkan pada hari Isnin yang lalu.Mississippi telah menjadi negeri pertama yang mana 30 peratus daripada penduduknya mengalami kegemukan. West Virginia dan Alabama semakin menghampiri jumlah tersebut.
Sementara itu, Colorado mengekalkan kedudukannya sebagai negeri yang paling sedikit mempunyai penduduk yang gemuk, dengan kurang daripada 18 peratus penduduknya yang mengalami obesiti.
Laporan itu juga menyatakan jumlah obesiti di kalangan kanak-kanak. Daerah Columbia mencatatkan jumlah 22.8%, jumlah yang tertinggi, manakala Utah mencatatkan jumlah yang terendah iaitu 8.5%.
Pengerusi TFAH, Jeffrey Levi berkata sudah sampai masanya kerajaan mengambil berat dalam masalah dan pencegahan obesiti. "Ramai yang percaya isu ini adalah satu epidemik, tetapi tidak mendapat perhatian dari segi politikal.....Sedangkan semua calon presiden berbicara tentang penjagaan kesihatan dan mengawal kesihatan memerlukan kos yang banyak, sekiranya kita tidak jujur dengan isu ini, apa yang dicadangkan tidak akan menjadi kenyataan."
Levi tidak menafikan ramai yang percaya bahawa obesiti berpunca daripada pilihan peribadi seseorang, namun katanya dunia yang semakin moden membuatkan kita mempunyai banyak pilihan yang terbaik untuk diri dan kesihatan kita.
Sumber : WikiNews