Ahad, 26 Ogos 2007

Sikh marah serban diperiksa

WASHINGTON: Pertubuhan terbesar masyarakat Sikh Amerika Syarikat semalam mengecam peraturan baru keselamatan lapangan terbang Amerika yang membenarkan pemeriksaan menyeluruh ke atas serban atau penutup kepala penganut agama berkenaan.

“Tindakan memaklumkan kami mengenai arahan itu sama seperti melakukan pemeriksaan ke atas golongan kulit hitam, Arab serta Muslim,” kata Amardeep Singh, Pengarah Eksekutif SC.

“Dasar membenarkan pemeriksaan itu adalah sebagai menegaskan semua tidak terkecuali, termasuk yang mengenakan ketrampilan berasaskan ajaran agama masing-masing.”

Singh mendakwa pesanan yang ingin disampaikan menerusi dasar TSA itu adalah ‘mereka yang mengenakan turban adalah bahaya dan satu ancaman.’

“Sikap itu jelas bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama yang menjadi antara asas penubuhan Amerika.”

Jurucakap TSA, Lara Uselding mengakui berkuat kuasa 4 Ogos lalu, anggotanya di 450 lapangan terbang serta stesen kereta api, pelabuhan dan sistem transit aliran ringan mengkaji semula prosedur imbasan ke atas penutup kepala. – AFP