BEIJING: Seekor ayam menjadi mangsa terbaru skandal pencemaran produk buatan China apabila mati selepas diberi minum air mineral oleh tuannya.
Sebuah keluarga di wilayah Hainan muncul dengan idea baik apabila salah seorang daripada mereka mula muntah darah selepas minum air mineral, lapor akhbar Beijing News. Mereka memberi baki air itu kepada seekor ayam untuk melihat apa akan terjadi.
“Akibatnya, ayam itu mati serta- merta,” lapor akhbar sambil memaparkan gambar seorang lelaki memegang botol plastik dekat bangkai haiwan itu. – Reuters