Kampung-kampung lain yang berdekatan dengan kampung ini dan saling berkaitan ialah seperti Kampung Nesan Empat dan kampung Kolam yang berjarak sejauh 500 meter antara satu sama lain.
Kampung ini telah wujud lebih seratus tahun. Dari masa ke semasa, penduduk luar semakin ramai berhijrah untuk membina penempatan baru di kawasan ini berikutan lokasinya yang strategik.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK) Paya Bunga, Mansor Ismail, pada zaman silam, kampung ini mempunyai sejarahnya tersendiri sebagai kawasan tumpuan golongan bangsawan dan kerabat diraja untuk bermastautin dan juga menjalankan pelbagai aktiviti.
“Pada zaman dahulu, terdapat pelbagai institusi telah dibina di kampung ini. Pertambahan penduduk dan juga pembangunan semakin rancak setelah penduduk menambak tanah paya untuk dijadikan tapak bangunan,” katanya.
Antara lain, kata Mansor, pembangunan tersebut ialah pembinaan sekolah pondok mengaji yang menjadi tumpuan golongan bangsawan dan kerabat diraja menuntut ilmu agama.
“Selain itu, tapak perumahan Flat Kolam yang wujud kini pula merupakan bekas tapak Istana Budaya yang dibina pada zaman dahulu yang dijadikan sebagai tempat pertunjukan kebudayaan dan kesenian oleh golongan bangsawan di situ pada zaman pemerintahan Sutan Zainal Abidin II,”ujarnya.
Seiring dengan peredaran masa, pembangunan di kampung ini juga semakin pesat kerana kedudukannya yang hampir dengan pusat bandar.
“Kampung ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh penting, antaranya bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Datuk Abu Bakar Daud (bekas timbalan menteri dan exco negeri), Datuk Wan Salleh dan lain-lain,”ujarnya.
Sehingga kini, masih terdapat tinggalan sejarah tanda penubuhan kampung ini lebih seratus tahun lalu. Antaranya pusara golongan bangsawan yang berusia lebih seratus tahun.
Sinar Harian 28 September 2007