Ahad, 2 September 2007

Lelaki panik bogel di halaman jiran ketika bangun tidur

WAUKESHA: Seorang lelaki Wisconsin, Mark Stahnke mendapati dirinya terjaga dari tidur pada pagi hari di halaman jirannya tanpa memakai seluar.

Lelaki berkenaan panik kerana tidak tahu di mana hilang seluarnya itu yang mengandungi cek berjumlah AS$41,093 (RM139,716) dan beberapa ratus dolar wang tunai.

Stahnke membuat laporan polis mengenai kejadian itu, tetapi polis tidak mempercayainya. Namun, dia bernasib baik kerana seluar yang mengandungi cek dan wang itu akhirnya dikembalikan seorang lelaki.

“Pelik tapi benar. Mangsa terlalu mabuk sehingga kehilangan seluar” kata pegawai polis, William Graham. – AP