
JEDDAH: Ibadat puasa sepanjang Ramadan memberikan faedah kesihatan besar kepada sesiapa yang melakukannya dengan sempurna dan mematuhi arahan pemakanan yang dianjurkan Nabi Muhammad, menurut pakar perubatan alternatif India.
Dengan Ramadan yang semakin hampir, Pengarah dan Ketua Doktor di Hospital Hygiene Naturopathy, Dr P A Kareem, bagaimanapun, berkata:
“Malangnya, ramai umat Islam menyalah anggap Ramadan sebagai pesta makanan, makan pelbagai jenis hidangan enak tetapi tidak sihat, dan melupakan mesej sebenar. Akibatnya, mereka tidak mendapatkan faedah berpuasa untuk kesihatan.
“Tubuh kita mempunyai kuasa penyembuh sendiri. Untuk mengaktifkan kuasa ini, perut perlu dibiarkan kosong. Itu peraturan semula jadi. Kita melihat kanak-kanak dan haiwan enggan makan apabila mereka sakit.”
Beliau menjelaskan, puasa ‘adalah proses terapi terbaik untuk membantu orang ramai pulih dari masalah kesihatan sederhana atau teruk termasuk tekanan darah tinggi, asma, alahan, sakit kepala teruk, penyakit radang usus, diabetes, penyakit jantung, artritis reumatoid dan tumor yang tidak berbahaya.
“Puasa memberikan waktu rehat tumpuan psikologi yang membolehkan tubuh mewujudkan mekanisme penyembuhan sendiri untuk memperbaiki dan menguatkan organ yang rosak. Proses berpuasa juga membolehkan tubuh membersihkan sel dari toksin dan produk buangan,” katanya.
Laporan Arab News menyebut, Islam mewajibkan umatnya berpuasa selama sebulan untuk membantu mereka memperbaiki kesihatan rohani dan fizikal. – Agensi
“Puasa, jika dilakukan dengan betul membantu umat Islam pulih dari kebanyakan penyakit,” kata Kareem yang mengunjungi Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.
Dia menasihatkan umat Islam yang berpuasa supaya memakan hidangan dimasak cuma sekali pada waktu malam dan mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ketika sahur untuk menggalakkan proses penyembuhan.
Nabi sendiri cuma memakan buah kurma ketika sahur dan minum air serta makan kurma ketika berbuka, katanya.
Dia berkata, bulan puasa ketika zaman nabi, tidak ramai yang jatuh sakit di Madinah kerana umat Islam mengikut arahan pemakanan nabi dan makan secara sederhana. – Agensi