Rabu, 10 Oktober 2007

Menarik di Angkasa Lepas


Stesen Angkasa Antarabangsa



  • Malam dan siang silih berganti setiap setengah jam di ISS

  • Ketika di ISS, angkasawan membuka ikatan di kerusi, mereka akan terapung dan perlu membiasakan diri.

  • Biasanya angkasawan akan mabuk angkasa selama beberapa hari sebelum membiasakan diri.

  • Di stesen terdapat kemudahan kebersihan seperti besen cuci dengan paip air panas dan sejuk.

  • Kawasan itu mempunyai cermin, lampu, sabun dan sistem pungutan najis seperti di bumi.

  • Penentuan kiblat mengikut kemampuan urutan seperti Kaabah, unjuran Kaabah, Bumi atau mana-mana arah.

  • Penentuan waktu solat menggunakan pakai waktu di Kazakhstan.

  • Solat ditunaikan secara jama' dan qasar dan tidak perlu qada'. Perlaksanaan rukun fi'li (perbuatan) dengan mempunyai beberapa kelonggaran sebagai angkasawan.

  • Membuang air dalam tandas dengan graviti sifar menimbulkan masalah kerana najis tidak jatuh seperti di Bumi.

  • Tandas menggunakan udara bagi mengepam najis tidak seperti tandas di Bumi menggunakan air.

  • Tempat duduk tandas sama di Bumi dan mempunyai kebuk di bawahnya yang akan mengumpul sisa buangan pepejal.

  • Satu tiub khas digunakan bagi membuang air kecil atau sisa buangan cecair dan kemudian dibuang ke angkasa.

  • Sisa buangan pepejal pula, ia akan dikeringkan dan dibawa pulang untuk dilupuskan.

  • Semasa tidur, bagi mengelakkan dirinya terapung angkasawan perlu mengikat badan dengan kemas.

Kosmo 11 Oktober 2007