Ahad, 4 November 2007
Buaya masuk penjara
CANBERRA: Seekor buaya terpaksa disumbat ke dalam sebuah lokap Australia selepas ia terbukti menjadi satu ancaman kepada nelayan tempatan. Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan kelmarin, polis di kawasan Nhulunbuy, Wilayah Utara Australia berkata, mereka tiada pilihan lain selepas dapat menangkap reptilia berukuran tujuh kaki berkenaan. "Kami meletakkannya di dalam lokap balai polis kerana tiada pilihan lain," kata Konstabel Kanan, Wade Marshall. Buaya jantan itu bagaimanapun, kini ditempatkan di sebuah pusat ternakan berhampiran. Marshall berkata, polis bertindak selepas menerima laporan buaya berkenaan mengganggu dan mengancam nelayan. – Agensi