Ahad, 4 November 2007
'Haramkan penghijrahan Muslim'
Pauline Hanson
SYDNEY: Tokoh politik antiimigrasi Australia, Pauline Hanson, berkata semalam penghijrahan orang Islam ke negara itu harus diharamkan. Hanson, yang pada sekitar 1990-an menimbulkan kontroversi dengan mendakwa Australia diancam kebanjiran penduduk Asia, mengulangi cadangannya agar satu moratorium dikenakan kepada kemasukan orang Islam.
Bekas pengusaha kedai makanan segera itu berkata demikian dalam kempennya untuk kerusi Senat dalam pilihan raya 24 November ini. Pada 1996 dengan menggunakan hujah anti orang asing beliau berkata, memenangi kerusi di dewan perwakilan Australia di bawah tiket One Nation Party.
Hanson berkata, isu pilihan raya paling penting bagi beliau adalah kehilangan nilai Australia, termasuk budaya negara itu, cara dan mutu hidupnya. "Saya melihat industri, pembuatan, pertanian dan semuanya berkaitan Australia hilang. "Saya berpendapat penghijrahan masuk... membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka untuk menginap di negara ini tanpa sebarang hasrat untuk hidup bangga sebagai orang Australia.
"Saya mencadangkan moratorium terhadap kemasukan penghijrah Muslim kerana saya percaya - bukan kerana agama mereka � tetapi menghalang orang Afrika membawa penyakit seperti AIDS ke negara ini," katanya.
-AFP