HANOI: Dua rakyat Vietnam yang diisytiharkan muflis merayu pihak berkuasa memenjarakan mereka bagi mengelakkan daripada diburu pemberi pinjaman, lapor akhbar semalam.
"Kami kini sudah tidak tahu hendak membuat apa lagi dan membuat petisyen untuk dipenjarakan bagi mengelakkan bayaran pinjaman," kedua-dua lelaki itu menulis surat minggu ini kepada pengerusi Jawatankuasa Rakyat, atau kerajaan tempatan, di wilayah Tay Ninh.
Pengarah Truong Hoang Dung dan timbalannya, Truong Thanh Nien, dipetik sebagai berkata syarikat eksport mereka, Nhat Tan, mula rugi selepas tidak menerima bayaran balik daripada agensi cukai berjumlah 1.5 bilion dong (RM316,200).
- Reuters