TOKYO: Seorang lelaki Jepun berusia 100 tahun yang kerap ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai lesen memandu dan terbabit dalam nahas jalan raya, memberi alasan tersendiri mengelak tindakan pihak berkuasa - memandu menjadi tiket baginya mengelak nyanyuk.
“Memandu kereta mengelak nyanyuk kerana saya perlu berjaga dan berwaspada sepanjang masa,” kata Masaru Hori yang dipetik polis di Sendai, utara Jepun.
Kemalangan itu adalah yang kedua membabitkan Hori yang memandu tanpa lesen selepas ia dirampas polis apabila kejadian langgar lari Ogos lalu. - Reuters