PARIS – Perubahan cuaca dunia yang panas telah menyebabkan ais di kawasan Antartika cair sebanyak 75 peratus dalam tempoh sedekad, menurut kajian terperinci yang pernah dilakukan oleh beberapa pengkaji glasier pantai.
Mengikut perangkaan para saintis pada 2006, hampir 192 bilion tan ais di Antartika telah melimpah ke dalam laut disebabkan kelajuan pergerakan glasier.
Sementara itu, di Antartika Barat, sejumlah 132 bilion ton ais cair manakala di Semenanjung Antartika berdekatan tanah yang menganjur ke selatan Afrika, mengalami kehilangan ais sebanyak 60 juta tan.
Beberapa siasatan dari lima negara, diketuai oleh Eric Rignot dari Makmal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggunakan radar interferometri daripada empat satelit untuk membina satu gambaran di pinggir Antartika.
Sepanjang kajian yang dilakukan, bongkah-bongkah ais secara keseluruhannya mengalami kehilangan jisim sebanyak 75 peratus dalam tempoh 10 tahun, menurut kajian yang diterbitkan dalam talian.
Kebanyakan sektor yang mengalami kehilangan jisim adalah di Pantai Teluk Pine, di barat Antartika di mana pecutan glasier berlaku secara berterusan.
– AFP