Rabu, 9 Januari 2008

Manusia di Marikh 2025


MOSCOW – Rusia kini mendahului perlumbaan dalam menghantar manusia ke planet Marikh dengan ramalan bahawa angkasawan negara berkenaan mampu sampai ke planet merah itu pada 2025, kata seorang saintis semalam.

“Kami mempunyai sesuatu yang menjadi pendahulu dalam perlumbaan ini kerana kami mempunyai banyak pengalaman dalam penerbangan angkasa,” kata Pengarah Institut Kajian Angkasa, Lev Zelyony.

Beliau berkata, matlamat Rusia untuk menjadi negara pertama yang menghantar manusia ke Marikh boleh dicapai secara teknikal dan ekonomi menjelang 2025.

Marikh merupakan hadiah berprestij untuk industri angkasa Rusia jika ia mahu merangsang imej gemilang keupayaan saintifik serta politik, tambah Zelyony.

Amerika Syarikat (AS) berjaya menghantar manusia ke Bulan pada 20 Julai 1969 apabila komander kapal angkasa Apollo 11, Neil Armstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki di Bulan.

– AFP