Rabu, 9 Januari 2008

Spears bebas dadah, alkohol


LONDON – Penyanyi terkenal, Britney Spears (gambar) dilaporkan bebas daripada sebarang penggunaan dadah dan alkohol, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia diisytiharkan ‘bersih’ selepas menjalani ujian air kencing dan darah ketika dirawat selama 72 jam di Pusat Perubatan Cedars-Sinai, Los Angeles.

Satu sumber memberitahu: “Wanita itu adalah bersih (daripada dadah dan alkohol).”

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa Spears mengambil lebih 100 pil dalam tempoh 36 jam sebelum dia bertindak kasar dan enggan menyerahkan dua anaknya kepada bekas suami, Kevin Ferderline.

Penyanyi lagu Gimme More itu dibawa ke pusat perubatan tersebut selepas bergaduh dengan anggota-anggota polis di rumahnya pada Khamis lalu.

Ketika beberapa anggota tiba di kediaman itu, mereka mendakwa Spears berada di bawah pengaruh sejenis bahan yang tidak diketahui berikutan perlakuan kasarnya.

– Agensi