Rabu, 9 Januari 2008

Feng shui dijadikan mata pelajaran


BEIJING – Parti Komunis China yang pernah mengharamkan kepercayaan feng shui kini dijadikan sebahagian daripada mata pelajaran kokurikulum di sekolah, kata sebuah akhbar semalam.

Sebuah sekolah tinggi di Xiamen berhampiran wilayah tenggara Fujian telah memulakan kursus berkenaan setelah sekian lama dipraktikkan oleh komuniti di luar China.

“Budaya kepercayaan tradisi feng shui memberikan banyak kebaikan,” kata seorang guru sekolah, Xiong Yongliang.

Menurut laporan akhbar berkenaan, kebanyakan pelajar yang mengambil mata pelajaran feng shui bersetuju bahawa ia sesuatu yang menarik dan praktikal.

Beberapa pegawai Komunis China turut menggunakan khidmat feng shui untuk mengelak kuasa jahat mendekati mereka.

– Agensi