LOS ANGELES – Bekas model yang menjadi pelakon, Olga Kurylenko dari Ukraine dipilih untuk memegang watak heroin dalam filem James Bond terbaru, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia akan berlakon bersama seorang aktres muda dari Britain, Gemma Artenton yang sebelum ini pernah membintangi filem St. Trinian.
Kurylenko akan melakonkan watak sebagai Camille dalam filem terbaru Bond itu.
Bekas model itu berlakon dalam filem Hitman, Le Ser L'Annulaire dan Paris, je t'aime.
Filem terbaru Bond itu yang dijadualkan menemui para peminat pada November depan masih menggunakan khidmat Daniel Craig sebagai ejen 007 selepas lakonannya dalam siri terdahulu berjaya menarik perhatian ramai penonton.
Filem Casino Royale yang dilakonkan oleh Craig berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyak $600 juta (RM1.97 bilion).
Sementara itu aktres Judi Dench juga akan kembali dalam filem terbaru Bond dengan membawa watak M bersama-sama Jeffery Wright yang berlakon sebagai ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Frank Leiter.
Pada minggu lalu, penerbit filem itu mengumumkan bahawa aktor Mathieu Amalric berlakon sebagai musuh utama ejen 007 dalam filem terbaru Bond.
– Agensi