NEW DELHI - Keretakan hubungan dua pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai semakin menjadi-jadi walaupun mereka sebelum ini pernah melakukan adegan bercium dalam filem Dhoom 2 yang diterbitkan pada 2006, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam perbalahan terbaru, Roshan tidak berminat untuk mempelawa Rai menaiki helikopter miliknya dari Mumbai ke lokasi penggambaran mereka di Karjat bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Mereka yang menjadi hero dan heroin dalam filem epik Jodhaa Akbar arahan Ashutosh Gowariker itu juga dilaporkan rengang ketika berada di set penggambaran.
Kedua-dua pelakon itu hanya berinteraksi bila terdapat keperluan.
Kedua-dua pelakon itu hanya berinteraksi bila terdapat keperluan.
Hanya Roshan yang sanggup berlakon di sisi Rai selepas Shah Rukh Khan dan Salman Khan menolak untuk digandingkan dengan bekas ratu cantik itu.
Rai melangsungkan perkahwinan dengan Abhishek Bachchan iaitu anak kepada legenda Bollywood, Amitabh Bachchan pada April tahun lalu.
Aktres itu juga menimbulkan kekecohan kerana tiba lewat lebih sejam ke lokasi penggambaran dan membawa seorang pelawat yang akhirnya membuatkan Roshan panas hati.
“Mungkin Rai mahu menaiki helikopter dengan suaminya.
“Dia sudah bersuami sekarang,” kata Roshan dengan nada menyindir ketika menyentuh mengenai isu helikopter.
– Agensi