KERAJAAN Selangor kelmarin melancarkan Tabung Jasamu bagi membolehkan waris kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas atau orang kurang upaya (OKU) yang meninggal dunia, mendapat bantuan RM2,000 bagi membiayai urusan pengebumian. Tabung yang menggantikan Tabung Khairat Kematian Negeri Selangor itu terbuka kepada semua kaum dan agama tanpa mengira fahaman politik.
Ia bertujuan meringankan beban waris menguruskan pengebumian jenazah anggota keluarga mereka. Dengan itu, Selangor menjadi negeri pertama di negara ini melancarkan tabung seumpamanya. Yang ada di kebanyakan negeri selama ini ialah bantuan untuk kaum tertentu terutama umat Islam. Kita berharap negeri lain, yang mempunyai kemampuan kewangan, mencontohi langkah Selangor itu kerana kita tahu urusan pengebumian juga kini memerlukan belanja terutama di bandar besar.
Selangor adalah antara negeri termaju dan pada masa yang sama, nilai kos tanahnya menjadi tinggi. Banyak tanah lapang digunakan untuk bangunan komersial. Malah, tanah perkuburan di empat daerah di Selangor iaitu Klang, Petaling Jaya, Gombak dan Hulu Langat mencapai tahap kritikal berikutan kawasan sedia ada hampir penuh. Malah, sebelum ini pernah ada cadangan supaya diperkenalkan konsep tanah perkuburan bertingkat di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi keadaan ketika ini belum memerlukan konsep itu. Lagipun pandangan dari segi hukum syarak perlu diambil kira sebelum ia boleh dilaksanakan. Bagaimanapun, kekurangan tanah untuk kawasan perkuburan di kawasan bandar menyebabkan kos pengebumian tinggi terutama untuk bukan Islam. Kita tentunya tidak mahu menjadi seperti di Jepun di mana hanya orang kaya mampu menanam mayat ahli keluarga di sekitar bandar raya atau pinggir Tokyo kerana kos membeli sekeping tanah untuk tujuan itu begitu tinggi.
Justeru, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor menerusi Tabung Jasamu dikenang ini sekurang-kurangnya meringankan beban keluarga si mati terutama yang berpendapatan rendah. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata bantuan itu layak dinikmati semua waris kepada setiap warga Selangor atau jika si mati sudah bermastautin selama lebih 15 tahun di negeri itu. Untuk itu, Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM10 juta setahun bagi tabung berkenaan, diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada pelbagai program prihatin dilaksanakan kerajaan negeri itu sebelum ini. Caranya, ialah waris boleh memohon menerusi pejabat daerah tetapi perlu membawa surat laporan kematian daripada polis. Bagi OKU, waris juga perlu membawa perakuan doktor bagi mengesahkan simati adalah OKU.
Sebagai permulaan Selangor menyalurkan RM1 juta kepada tabung itu bulan ini. Ini bermakna, pemberian bantuan itu tidak mengambil kira siapa si mati, sama ada mereka penyokong kerajaan, pembangkang atau bangsa lain, semuanya layak. Kita berharap selepas ini tidak ada lagi berita sedih mengenai keluarga miskin, tidak kira kaum atau agama apa, menghadapi masalah menguruskan pengebumian ahli keluarga mereka kerana tiada wang, termasuk sewa van untuk membawa mayat. Pada masa yang sama, kita berharap syarikat swasta turut tampil membantu dengan memberi sumbangan kepada tabung itu. Memang mereka tidak mendapat keuntungan dari segi wang ringgit dan mungkin juga publisiti apabila berbuat demikian, tetapi ia sekurang-kurangnya menunjukkan keikhlasan kita untuk menjadi sebuah masyarakat yang prihatin selain ia pastinya mendapat balasan di akhirat.
Berita Harian