CANBERRA: Seorang lelaki Australia yang mengeluarkan tangannya di luar cermin kereta bagi mengurat dua wanita, mungkin kehilangan tangannya selepas ia hampir hancur dilanggar kenderaan yang berselisih dengan keretanya.
Pemuda berusia 20 tahun itu duduk di kerusi penumpang sebuah kenderaan pikap di Bunbury, Australia Barat ketika dia melambai wanita di sebuah pusat cucian kereta.
Ketika mengeluarkan tangannya, pemandu pikap itu membelok ke kanan menyebabkan lengannya dirempuh dan hampir putus dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Lengan kirinya itu hampir putus dan doktor percaya jalan terbaik adalah memotongnya,” kata polis.
- Reuters