LONDON - Aktor legenda, Al-Pacino (gambar) akan melakonkan watak jahat dalam filem terbaru James Bond, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu sumber berkata, Pacino yang popular dengan filem The Godfather akan melakonkan watak ketua sebuah kumpulan pengganas dalam filem terbaru Bond, Quantum of Solace.
"Al-Pacino akan melakonkan watak musuh terbaru Bond dan watak itu sangat penting dalam filem itu nanti.
"Para penerbit juga berharap Al-Pacino akan menjadi musuh Bond yang paling hebat dalam siri filem penyiasat itu," katanya.
Filem yang dibintangi oleh aktor popular, Daniel Craig sebagai Bond itu akan memburu pengganas yang bertanggungjawab membunuh kekasihnya.
Al-Pacino, 67, akan mengikut langkah beberapa aktor terkenal seperti, Christopher Walken, Christopher Lee dan Robert Carlyle yang melakonkan watak musuh Bond.
- Agensi