ALOR STAR – Kucing mempunyai dua muka. Walaupun pelik bunyinya, itulah yang berlaku kepada anak kucing yang dipelihara Ruziana Mohd. Ibrahim apabila ia dilahirkan dengan mempunyai dua muka yang tetapi berkongsi satu kepala.
Anak kucing itu yang dilahirkan awal pagi kelmarin mempunyai dua mulut, empat mata dan dua hidung itu kelihatan seperti dua kepala yang bercantum menjadi satu.
Kata Ruziana, anak kucing betina itu yang diberikan nama ‘Tuah’ akan dipeliharanya dengan baik bagi membolehkan ia terus hidup.
“Tuah macam lemah sikit berbanding dua lagi adik-beradiknya yang lain, ia tidak dapat menyusu dengan ibunya, jadi saya beli susu kucing dan berikan dengan picagari,” jelasnya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Tambah beliau, ibu Tuah terpaksa dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Haiwan berdekatan memandangkan terdapat kesukaran untuk melahirkan anak ganjil itu.
“Mungkin kerana kepala anaknya terlalu besar, lepas disuntik baru ia dapat beranak,” jelasnya.
Kosmo!