Rabu, 20 Februari 2008

Fenomena remaja bunuh diri di Wales


IMEJ ini menunjukkan antara penduduk Bridgend yang membunuh diri iaitu Zachery Barnes (kiri), Liam Clarke dan Natasha Randall (gambar tengah) serta Dale Crole (kanan).

Fenomena remaja membunuh diri telah melanda kawasan Bridgend yang terletak di South Wales. Terdapat spekulasi mengatakan kejadian bunuh diri ini merupakan agenda kultus bunuh diri bagaimanapun pihak polis tiada bukti untuk mengaitkannya dengan aktiviti tersebut.

17 kes bunuh diri melibatkan remaja telah berlaku di Bridgend sejak awal 2007. Semua remaja tersebut mati akibat menggantung diri. Antara mangsa-mangsa tersebut ialah :

*Angie Fuller

*Jason Williams

*Leigh Jenkins, 22 tahun

*Alan Price, 21 tahun, jiran kepada Jenkins

*Luke Goodridge, 20 tahun

*Jenna Parry, 16 tahun

*Nathaniel Pritchard, 15 tahun

*Kelly Stephenson, 20 tahun, mempunyai pertalian saudara dengan Pritchard

*Natasha Randall, 17 tahun

*Liam Clarke

*Zachery Barnes, 17 tahun

*David Dilling, 19 tahun

*Gareth Morgan, 27 tahun, mangsa yang paling tua

*Dale Crole, 18 tahun

*Thomas Davies

Bagaimanapun dua kes bunuh diri yang direkodkan mempunyai motif untuk membunuh diri dan dikatakan kes yang berasingan dengan kes-kes bunuh diri di atas di mana tiada sebab dan motif tertentu untuk membunuh diri. Dua remaja tersebut ialah :

*James Knight, 26 tahun, menggantung dirinya setelah kecewa kerana berpisah dengan teman wanitanya.

*Andrew O' Neill, 19 tahun, membunuh diri selepas menyerang anggota polis yang menahannya kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Pihak Polis kawasan Bridgend masih buntu dalam menyelesaikan kes ini kerana tidak menjumpai sebarang motif. Remaja-remaja tersebut juga merupakan remaja yang positif dan bukan merupakan remaja yang bermasalah. Penyalahgunaan dadah juga tidak dapat dikaitkan dengan kes ini kerana tiada laporan dan dadah yang ditemui pada mangsa. Bagaimanapun pihak polis telah mempunyai petunjuk baru di mana beberapa remaja yang membunuh diri itu pernah melayari laman jaringan sosial yang sama di Internet.

Sumber: Kosmo!, wikipedia.