Rabu, 20 Februari 2008

Peranti superkomputer


F5 Networks, pemimpin global dalam rangkaian pembekalan aplikasi memperkenalkan sistem perkakasan casis berbilah modular serba baru yang dinamakan Viprion.

Perkakas ini merupakan pengawal pembekalan aplikasi (ADC) pertama dalam industri yang disepadukan lancar dalam perniagaan organisasi. Viprion membolehkan sesebuah organisasi melaksanakan rangkaian pembekalan aplikasi (ADN).

Penyelesaian ini boleh dilaksanakan dengan satu atau dua bilah dan boleh diperluaskan. Sama ada menggunakan satu atau empat bilah, Viprion dilihat sebagai satu peranti kepada pengguna, aplikasi dan pentadbir bagi membolehkan organisasi menskala infrastruktur masing-masing sambil menjamin kos pengurusan tetap.

Dengan Viprio, F5 akan menambahkan tawaran produk landasan ADC sebagai pelengkap kepada rangkaian produk BIG-IP®. Tiada penyelesaian ADC lain di pasaran boleh menandingi ciri dan prestasi penskalaan ini.

Dengan daya pemprosesan 36G daripada L7 dan 200,000 urusan SSL sesaat, Viprion mencatatkan prestasi peringkat tinggi empat kali lebih baik daripada mana-mana produk pesaing di pasaran.

"Dari segi skala dan pelaksanaan infrastruktur pembekalan aplikasi, mungkin terdapat terlalu banyak alat mudah alih untuk menjalankan tugas kritikal dengan cekap dan berkesan," kata Ivan Wen, Pengurus Negara bagi F5 Networks Malaysia.

"Oleh itu, banyak organisasi terus mendapatkan teknologi baru dan tenaga pekerja tetapi strategi ini menelan belanja besar dan menghasilkan pulangan yang berkurangan dalam jangka panjang."

Dengan Viprion, F5 mengatasi segala masalah ini dengan menggabungkan fungsi keselamatan dan rangkaian, kuasa pemprosesan, pengimbang muatan dan perkhidmatan pembekalan aplikasi dalam satu casis yang dikongsi dan boleh diskala. Viprion menandakan satu kemajuan besar lalu mencipta kategori 'superkomputer' ADC baru yang sukar ditandingi oleh pembekal lain.

Pelanggan perusahaan dan pembekal perkhidmatan boleh membina infrastruktur aplikasi lancar yang lebih mudah. Keupayaan dan kuasa pemprosesan tambahan boleh digabungkan pada bila-bila masa tanpa gangguan dan menyediakan ciri boleh skala untuk membolehkan sesebuah organisasi menyusun strategi pertumbuhan mampan.

Ciri-ciri utama sistem Viprion:

* Meningkatkan kapasiti tanpa gangguan. Berbeza daripada komponen bilah dan casis vendor lain, Viprion kekal sebagai alat rangkaian bersepadu tidak kira bilangan bilah yang ditambah. Ciri bersepadu dan fleksibiliti peralatan ini memudahkan pengurusan kerana infrastruktur yang lebih ringkas memberi organisasi tahap kebolehpercayaan rangkaian dan kawalan lebih ketat terhadap kos operasi. Syarikat perusahaan yang memerlukan kuasa pemprosesan lebih besar boleh menambah satu lagi bilah pada unit sedia tanpa menggunakan peranti berasingan.

* Mencapai tahap kebolehpercayaan unggul. Viprion menawarkan tahap ketersediaan dua peringkat di peringkat bilah dan casis. Sebarang kerja naik taraf kapasiti atau kegagalan komponen perkakas tidak akan menjejaskan pembekalan aplikasi. Dalam sistem Viprion dengan berbilang bilah, jika sesebuah bilah gagal, bilah lain dalam casis boleh mengambil alih sistem pemprosesan tanpa sebarang gangguan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Viprion, sila layari laman web www.f5.com/products/hardware/viprion.html.

Kosmo!