Isnin, 11 Februari 2008

Artis HK minta maaf secara terbuka


Kumpulan Twins, Gillian Chung (kiri) dan Charlene Choi

HONG KONG - Bintang pop Hong Kong, Gillian Chung (gambar) semalam memohon maaf secara terbuka selepas gambar bogelnya tersebar di internet.

Sebelum ini, gambar Chung pernah dijadikan penghias kulit sebuah majalah yang memaparkan selebriti itu sedang menukar pakaian selepas selesai mengadakan konsert di Malaysia pada 2006.

Dia yang menganggotai kumpulan Twins membuat komen pertamanya berhubung ratusan gambar bogel atau rakaman aksi seksnya dengan aktor Edison Chen.

"Saya mengaku saya masih terlalu mentah dan bodoh pada masa lalu tetapi saya kini sudah semakin dewasa. Ekoran daripada insiden itu yang diketahui masyarakat, saya memohon maaf," katanya.

Kontroversi terbaru dunia hiburan Hong Kong itu turut membabitkan sejumlah artis lain sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar sejak dua minggu lalu.

Selain Chung, gambar bogel Cecilia Cheung dan lima artis lain turut disebarkan menerusi internet.

Pada minggu lalu, polis Hong Kong menjelaskan bahawa anggota-anggotanya berjaya menemui sumber foto berkenaan dan sebanyak 1,300 gambar lucah yang melibatkan enam artis berjaya dirampas.

Seorang suspek lelaki berumur 23 tahun turut ditahan berhubung kes itu untuk membantu siasatan.

- AP