Roy Scheider
LOS ANGELES - Hero filem Jaws, Roy Scheider (gambar) meninggal dunia di Little Rock, Arkansas kelmarin berikutan jangkitan kuman, lapor sebuah akhbar semalam.
Scheider sebelum ini dirawat kerana menghidap penyakit kanser sel plasma yang sukar diubati.
Pelakon yang berumur 75 tahun itu dibenarkan kembali ke rumah buat sementara waktu selepas dia menjalani satu pembedahan pada Jun 2005.
Scheider membawa watak sebagai Martin Brody yang bertugas sebagai seorang ketua polis dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada 1975.
Aktor itu menerima dua pencalonan Oscar berikutan lakonanya dalam filem The French Connection pada 1972 dan dinobatkan sebagai pelakon terbaik untuk filem All That Jazz pada 1979.
Sepanjang pembabitannya dalam layar perak, Scheider membintangi 48 filem termasuk dua filem yang masih belum ditayangkan, Dark Honeymoon dan Iron Cross.
Perkahwinan Scheider dengan Cynthia Bebout pada November 1962 menyebabkan dia memperoleh seorang anak perempuan, Maximillia tetapi pasangan itu bercerai pada 1989.
Pelakon itu kemudian berkahwin buat kali kedua pada February 1989 dengan Brenda Siemer Scheider dan mereka mempunyai sepasang anak iaitu, Christian dan Molly.
- Agensi