Khamis, 14 Februari 2008

Cuba bunuh diri kerana kekasih

BANGALORE: Hasrat seorang lelaki mabuk yang mengancam membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga sebuah pasar raya jika kekasihnya tidak sampai pada petang Hari Kekasih hampir menjadi kenyataan apabila dia hilang imbangan dan terjatuh sebaik kekasihnya tiba. Kejadian itu mencetuskan tanda tanya orang ramai yang berkumpul di pasar raya itu dengan sebahagiannya membeli belah sempena Hari Kekasih.

Lelaki dikenali dengan nama Kumar itu cedera ringan tetapi nasibnya tidak begitu baik kerana akan didakwa dengan cubaan membunuh diri sebaik dibenarkan keluar dari hospital.

- Agensi