Ahad, 10 Februari 2008

Didakwa genggam tangan kuat

FLORIDA: Seorang peguam berdepan hukuman penjara setahun selepas didakwa melakukan serangan kerana menggenggam kuat tangan seorang lagi peguam ketika berjabat tangan.

Kathy Brewer Rentas, 49, menggoncang kuat tangan Timbalan Peguam Amerika Syarikat, Jennifer Keene sehingga hampir terkehel, kata pegawai mahkamah.

Sejurus sebelum itu, Keene berjaya mendakwa suami Brewer Rentas, Anthonya Rentas, yang dituduh melanggar syarat tempoh percubaan kerana membekalkan kokain dan dikenakan tahanan dalam rumah selama 90 hari.

- Agensi