LONDON - Satu kebakaran besar berlaku di pasar terkenal di London, Camden menyebabkan beberapa gerai dan pub musnah, kata beberapa pegawai dan saksi.
Setakat ini tidak ada laporan mengenai kecederaan.
Lebih 100 anggota bomba dan 20 jentera berusaha untuk memadamkan kebakaran pada lewat kelmarin di pasar itu yang menjadi tumpuan pelancong.
Menurut jabatan bomba, kebakaran itu kemudian berjaya dikawal lebih tiga jam kemudian.
Api menjulang setinggi 12 meter menyebabkan ia merebak dengan cepat ke bangunan sekitar termasuk di sebuah pub yang popular, Hawley Arms.
Api menjulang setinggi 12 meter menyebabkan ia merebak dengan cepat ke bangunan sekitar termasuk di sebuah pub yang popular, Hawley Arms.
Pub itu pernah dikunjungi oleh selebriti seperti penyanyi terkenal, Amy Winehouse, Pete Doherty dan model Kate Moss.
Pasar itu terkenal kerana menjual barangan buatan tangan dan pakaian terpakai.
Ia juga mempunyai berpuluh-puluh gerai makanan.
Menurut beberapa anggota bomba, kebakaran bermula di sekitar Pasar Canal.
Punca kebakaran masih disiasat dan setakat ini masih tidak diketahui.
Seorang pekerja di kedai tatu, Ross Smith berkata, dia tidak pernah melihat api yang merebak dengan begitu cepat seperti di pasar tersebut.
- AP