Isnin, 4 Februari 2008

Kirsten Dunst sakit jiwa?


SEORANG lagi selebriti terkenal Hollywood dilaporkan mengalami masalah sakit jiwa. Kali ini ialah aktres Kirsten Dunst yang menceburkan diri sebagai pelakon sejak zaman kanak-kanaknya lagi sebelum meraih populariti di peringkat global selepas muncul sebagai heroin siri filem Spider-Man.

Aktres berusia 25 tahun itu dikesan berkelakuan ganjil pada Festival Filem Sundance 2008 di Park City, Utah baru-baru ini.

Kirsten datang agak lewat pada festival tersebut tetapi merupakan orang yang paling awal beredar dari situ. Kelakuan aneh Kirsten itu sehingga membuatkan rakan-rakan yang menemaninya ke situ terpaksa memohon maaf kepada pihak penganjur festival tersebut.

Satu sumber memberitahu akhbar New York Post, "Kirsten tidak berada dalam keadaan yang baik sekarang ini." Kirsten dilaporkan putus cinta dengan rocker band rock Razorlight Johnny Borell pada tahun lepas.

Kosmo!